KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah:
  • -          budaya pembelajaran sepanjang hayat
  • -          kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa
  • -          menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian
  • -          pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar
  • -          perubahan peranan guru dalam bilik darjah
  • -          peluang pendidikan terbuka luas
  • -          persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi
  • -          perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa  kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

  • -          kadar pengangguran semakin meningkat
  • -          pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
  • -          meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
  • -          perdagangan pendidikan
  • -          penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani
  • -          berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara
  • -          pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

gambar rajah 6

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

1 comment:

  1. boleh tanya x..??? rujukan tentang globalisasi ni ambil kat mana..????thankz....

    ReplyDelete