Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.
gambar rajah 4
Meluaskan
peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek
pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi
adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi
memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah
ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.
Selain
itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global.
Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya
kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau
modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan
perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid,
guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.
Dengan
globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang
mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya,
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa
terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di
kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan
di internet.
Meluaskan
lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf
profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang
dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.
Dengan
globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang
penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara
itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf
dengan negara maju yang lain.
No comments:
Post a Comment