Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.
|
gambar rajah 3
Krisis
kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai
perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan
pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap,
pendidikan literasi komputer dan sebagainya.
Selain
itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan
institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti ada
kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga
pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti
dan kejuruteraan.
Persaingan
untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan
kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan
pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan
kemajuan yang penting dalam era globalisasi.
Tambahan
pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan
sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk
modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam
mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.
Krisis
pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini
kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan
persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya
menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.
|
No comments:
Post a Comment