Dunia
sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan
dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur
perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi.
Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita
andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.
Semua
pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang
tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan
sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina
kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.
Kemahiran
kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui
bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar
murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang
dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca
sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan
bahan yang dibaca.
Kemahiran
keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan
untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu
perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi
kemahiran berfikir yang diaplikasikan.
Kemahiran
kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan
komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan
sebagai alat pengajaran yang berkesan.
Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada
anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan.
Kemahiran
keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu
diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara
positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku
dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam
keadaan yang harmoni.
No comments:
Post a Comment