Globalisasi
meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru
bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari
perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan
maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru
dalam memajukan dunia pendidikan.
Seperti
yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi
dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku
menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada
globalisasi dalam pendidikan.
|
gambar rajah 7
Lambakan
sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah
diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan
bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana,
kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa
Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman
individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu
utama.
Selain
itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran
dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat
menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini
tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik
darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan
persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut,
suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan
kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka
pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai.
Dengan
globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian
tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk
mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung,
pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran
dan pakar dalam sesuatu bidang.
Pembudayaan
teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah
dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel,
memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada
bila-bila masa.
|
No comments:
Post a Comment