Menerusi
pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau
menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak
lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi
rajah di bawah.
gambar rajah 2
Dalam
membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era
globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara
membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal
dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya
diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang
sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber
manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan
negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka
akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi
menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana
menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan
pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.
Selain
itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai
kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah
mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara
dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga
kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama
dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan
seperti:
1.
Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran
dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2.
Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer
peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai
penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan
kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat
kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai
stail pembelajaran.
3.
Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4.
Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran
dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik
dengan rakan dan guru.
Tambahan
pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di
Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum
tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran
tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam
persekolahan.
Cabaran
ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan
telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi
penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru
telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School
Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu
dalam pengurusan pendidikan seperti:
- Membantu dan mempermudahkan
pengurus sekolah membuat keputusan.
- Meningkatkan kecekapan
pengurusan dan pentadbiran.
- Mengurangkan beban pengurus
dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
- Meningkatkan kecekapan
sistem pengurusan fail.
- Memudah dan menjimatkan
masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti
laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan kecekapan
dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
- Penempatan pelajar dalam
kelas.
-Membuat agihan jadual waktu
mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu
guru.
- Membuat agihan sumber
kewangan, buku teks, dan sebagainya.
-Menyimpan data mengenai
stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan
rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)
Hussein
Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah
membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan
manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar,
pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di
lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh
fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi
adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku
sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh
itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti
kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan
moral pelajar seperti di bawah:
1.
Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah,
bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia
berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar.
Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.
2.
Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan,
cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan
mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan
dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya
diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
3.
Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan
kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar.
Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif
terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan
negara dan berdisiplin.
Cabaran
kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan
profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah
pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme
keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan
profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari
segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan
kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat,
meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global
membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah
dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru
dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme
dan sebagainya.
Kesimpulannya,
masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan
dengan
penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan
kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan
cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah
secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan
tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama
bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.
No comments:
Post a Comment